11 July 2010

BANDAR KUALA TERENGGANU


Jarak dari homestay kami ke Bandar Kuala Terengganu lebih kurang 16 km yang mengambil masa kira-kira 15-20 minit. Kuala Terengganu (biasanya diringkaskan kepada KT; Jawi: كوالا ترڠڬانو) ialah ibu negeri dan juga bandar diraja negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Ia terletak 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan. Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar raya pada 1 Januari 2008. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk seramai 357,256[1] pada tahun 2007. Namanya bererti muara Sungai Terengganu. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment