11 July 2010

UniSZA (dulu UDM, dulu-dulu KUSZA)

Jarak dari homestay kami ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejauh 6 km yang mengambil masa kira-kira 10-14 minit. Universiti Sultan Zainal Abidin yang dulu dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an. UniSZA setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

No comments:

Post a Comment