10 July 2010

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)


Jarak dari homestay kami ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejauh 7 km yang mengambil masa kira-kira 10-15 minit. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan institusi pengajian tinggi awam yang ke 14th di Malaysia dan terletak di Megabang Telipot Kuala Terengganu. Lokasinya yang stratejik, iaitu di sepanjang pantai Laut Cina Selatan, mejadikan UMT sebuah universiti maritim yang ideal. UMT menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang sains dan juga sains sosial. Dalam usia yang muda, UMT telah mencatat pencapaian yang membanggakan dalam bidang penyelidikan dan dikenali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment